Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENILAI PERUBATAN) 2023

Seksyen 7

(1)

Rayuan kepada Jemaah Doktor Rayuan di bawah subseksyen 47(2) Akta hendaklah dibuat—

(a)

dalam hal Pertubuhan, dalam tempoh sembilan puluh hari selepas menerima laporan pemeriksaan dan penentuan di bawah subseksyen 46(2) Akta; atau

(b)

dalam hal suri rumah berinsurans, dalam tempoh sembilan puluh hari selepas menerima keputusan di bawah perenggan 6(a).

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), Jemaah Doktor Rayuan boleh membenarkan rayuan yang dibuat selepas habis tempoh di bawah subperaturan (1) jika

Jemaah Doktor Rayuan berpuas hati dengan alasan bagi kelewatan itu.

(3)

Jika Jemaah Doktor Rayuan memutuskan untuk menolak rayuan suri rumah berinsurans atau Pertubuhan itu, Jemaah Doktor Rayuan hendaklah menyatakan alasan bagi penolakan itu.

(4)

Melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain,

Jemaah Doktor Rayuan, dalam menguruskan suatu rayuan, hendaklah tertakluk kepada peruntukan yang mengawal selia cara penilai perubatan membuat penentuan di bawah

9

Peraturan-Peraturan ini dan Jemaah Doktor Rayuan boleh menjalankan kuasa penilai perubatan bagi tujuan menguruskan rayuan itu.

Tempat dan masa bagi pemeriksaan suri rumah berinsurans

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENILAI PERUBATAN) 2023