Malaysia legislation

Section 17

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023

Seksyen 17

(1)

Pemohon boleh menarik balik permohonan secara lisan atau bertulis pada bila-bila masa sebelum Tribunal membuat apa-apa perintah ke atas permohonan itu.

(2)

Tribunal hendaklah memaklumkan responden mengenai penarikan balik permohonan di bawah subperaturan (1).

(3)

Penarikan balik permohonan di bawah subperaturan

(1)

tidak menjejaskan kuasa Tribunal untuk membuat suatu perintah berhubung dengan pembayaran kos yang ditanggung berkenaan dengan permohonan itu sehingga masa penarikan balik permohonan itu.

13

(4)

Jika suatu permohonan ditarik balik, tiada permohonan baharu boleh dibawa oleh pemohon berhubung dengan persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang menjadi perkara bagi permohonan yang ditarik balik sedemikian.

Perintah Tribunal

Section 17 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023