Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023
Seksyen 4
(1)
Apabila permohonan di bawah subperaturan 3(1)
diterima,
Pengerusi hendaklah menyebabkan supaya—
(a)
satu salinan permohonan itu dikembalikan kepada pemohon dengan pengakuterimaan penerimaan;
(b)
suatu notis untuk memfailkan pernyataan pembelaan dibuat dalam
Borang TSR2 Jadual; dan
(c)
satu salinan permohonan di bawah perenggan (a) dan notis di bawah perenggan (b) disampaikan sama ada secara kendiri atau, dengan keizinan Pengerusi, melalui apa-apa cara penyampaian ganti, kepada responden.
(2)
Walau apa pun perenggan (1)(c), jika responden ialah Pertubuhan, penyampaian permohonan dan notis untuk memfailkan pernyataan pembelaan kepada
Pertubuhan boleh dilaksanakan dengan menghantar permohonan dan notis itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada Ketua Pengarah di alamat penyampaian bagi Pertubuhan.
Pernyataan pembelaan