Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (ORANG-ORANG MENJAGA) (PINDAAN) 2014

Seksyen 15

(1)

Tiap-tiap penghuni yang menurut

Peraturan-Peraturan ini melantik mana-mana orang yang memegang perakuan kebolehan hendaklah, apabila orang itu tidak lagi dilantik sedemikian, memberikan notis bertulis kepada Pemeriksa tidak lebih daripada dua minggu dari tarikh pelantikan orang itu terhenti berkuat kuasa.

(2)

Penghuni hendaklah—

(a)

menyatakan dalam notis yang disebut dalam subperaturan (1) nama, gred dan nombor pendaftaran perakuan kebolehan bagi jurutera, ketua kapal korek atau drebar yang akan menggantikan orang yang pelantikannya telah dihentikan itu; dan

P.U. (A) 270 14

(b)

mengemukakan perakuan kelayakan jentera berkenaan yang terkini dalam masa satu bulan dari tarikh pelantikan orang itu terhenti berkuat kuasa untuk diendorskan oleh Pemeriksa.”.

Bahagian baru IA

Section 15 — PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (ORANG-ORANG MENJAGA) (PINDAAN) 2014