Malaysia legislation

Section 18C

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (ORANG-ORANG MENJAGA) (PINDAAN) 2014

Seksyen 18C

Tiap-tiap drebar hendaklah—

(a)

memastikan bahawa pengendalian dan penyenggaraan tiap-tiap dandang stim, enjin stim atau enjin pembakaran dalam, dan jentera yang berkaitan dengan dandang stim, enjin stim atau enjin pembakaran dalam itu mematuhi Akta dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta;

(b)

memastikan bahawa pengendalian tiap-tiap dandang stim, enjin stim atau enjin pembakaran dalam, dan jentera yang berkaitan dengan dandang stim, enjin stim atau enjin pembakaran dalam itu diuji secara rutin dan berkala mengikut syor pengilang;

(c)

memastikan bahawa peranti kawalan dan keselamatan bagi dandang stim, enjin stim atau enjin pembakaran dalam, dan jentera yang berkaitan dengan dandang stim, enjin stim atau enjin pembakaran dalam itu diuji secara rutin dan berkala mengikut syor pengilang;

(d)

mengendalikan dan menyenggarakan tiap-tiap dandang stim, enjin stim atau enjin pembakaran dalam dalam keadaan baik dan dengan cara yang selamat;

(e)

memasukkan keadaan dandang stim, enjin stim atau enjin pembakaran dalam ke dalam buku log dan rekod secara berkala;

P.U. (A) 270 18

(f)

hadir pada tiap-tiap pemeriksaan berulang bagi dandang stim, enjin stim atau enjin pembakaran dalam dan pada apa-apa pemeriksaan lain yang dikehendaki oleh Pemeriksa; dan

(g)

membantu Pemeriksa dalam apa-apa penyiasatan mengenai apa-apa kemalangan yang berkaitan dengan dandang stim, enjin stim atau enjin pembakaran dalam, dan jentera yang berkaitan dengan dandang stim, enjin stim atau enjin pembakaran dalam itu yang dilaporkan di bawah seksyen 31 Akta.”.

Penggantian peraturan 20 11.

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 20 dengan peraturan yang berikut:

“Latihan hendaklah diberikan kepada pengendali jentera tertentu.

Section 18C — PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (ORANG-ORANG MENJAGA) (PINDAAN) 2014