Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (PENDEDAHAN BISING) (PEMBATALAN) 2019
Seksyen 3
Kecualian dan peralihan
(1)
Apa-apa pemonitoran pendedahan yang dikendalikan di bawah
Peraturan-Peraturan yang dibatalkan hendaklah terus sah bagi tempoh dua belas bulan selepas permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 [P.U. (A) 60/2019].
(2)
Mana-mana majikan yang telah mengendalikan pemonitoran pendedahan di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan hendaklah menjalankan suatu penaksiran risiko bising dalam masa dua belas bulan selepas permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019.
(3)
Apa-apa kawalan kejuruteraan atau kawalan pentadbiran yang dikendalikan di bawah
Peraturan-Peraturan yang dibatalkan hendaklah disifatkan telah dijalankan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pendedahan Bising) 2019 dan hendaklah terus sah bagi maksud rujukan dan rekod.
P.U. (A) 59 3
(4)
Apa-apa ujian audiometrik yang dikendalikan di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan hendaklah disifatkan telah dijalankan di bawah Peraturan-Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 dan hendaklah terus sah bagi maksud rujukan dan rekod.
(5)
Mana-mana majikan yang belum mengendalikan apa-apa ujian audiometrik bagi maksud menetapkan audiogram garis pangkal pekerjanya sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan
Bising) 2019 hendaklah menjalankan suatu ujian audiometrik ke atas pekerja-pekerja itu dalam masa tiga puluh hari selepas permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019.
(6)
Apa-apa ujian audiometrik yang dikendalikan di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan yang masih belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019
hendaklah terus sah dan hendaklah diuruskan di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan seolah-olah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan tidak dibatalkan.
(7)
Semua rekod yang disimpan dan disenggara di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah rekod itu disimpan dan disenggara di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019.
(8)
Apa-apa tindakan atau prosiding yang dimulakan di bawah
Peraturan-Peraturan yang dibatalkan yang masih belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pendedahan Bising) 2019 hendaklah terus sah dan hendaklah diuruskan di bawah
Peraturan-Peraturan yang dibatalkan seolah-olah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan itu tidak dibatalkan.
(9)
Apa-apa kelulusan yang diberikan di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan hendaklah disifatkan telah diberikan di bawah Peraturan-Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019, dan hendaklah terus
P.U. (A) 59 4
berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda, dibatalkan atau habis tempoh.
(10)
Mana-mana majikan yang telah memulakan satu program latihan sahaja bagi pekerjanya sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 hendaklah menyediakan tidak kurang daripada satu program latihan bagi pekerjanya selepas permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019
untuk mematuhi kehendak di bawah Peraturan-Peraturan itu.
Dibuat 28 Februari 2019
[KSM/PUU/(S)/600-1/2/9/3(15); PN(PU2)235/XLII]
M. KULASEGARAN
Menteri Sumber Manusia
P.U. (A) 59 5
FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967
FACTORIES AND MACHINERY (NOISE EXPOSURE) (REVOCATION) 2019