Malaysia legislation

Section 31

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014

Seksyen 31

(1)

Ketua Pemeriksa boleh membatalkan mana-mana perakuan kelayakan berasaskan risiko jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa integriti dan kekuatan jentera bertekanan berasaskan risiko telah berkurangan dengan teruk yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan kegagalan jentera bertekanan berasaskan risiko itu.

(2)

Sebelum Ketua Pemeriksa membatalkan perakuan kelayakan berasaskan risiko di bawah subperaturan (1), Ketua Pemeriksa hendaklah memberi pengguna skim—

(a)

suatu notis bertulis tentang niatnya untuk membatalkan perakuan kelayakan berasaskan risiko itu; dan

P.U. (A) 96 24

(b)

suatu peluang untuk meremedikan keadaan jentera bertekanan berasaskan risiko itu, dan untuk membuat penghujahan bertulis, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari.

(3)

Ketua Pemeriksa hendaklah, selepas mempertimbangkan remedi atau penghujahan bertulis di bawah perenggan (2)(b), jika ada, memutuskan sama ada untuk membatalkan perakuan kelayakan berasaskan risiko itu atau tidak.

(4)

Keputusan Ketua Pemeriksa di bawah subperaturan (3) hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna skim dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

Kesan pembatalan dan penarikan balik

Section 31 — PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014