Malaysia legislation
Section 34
of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014
Seksyen 34
(1)
Jika suatu skim pemeriksaan berasaskan risiko dibatalkan, disifatkan telah dibatalkan atau ditamatkan di bawah Bahagian ini, pengguna skim hendaklah menyerahkan balik kelulusan skim pemeriksaan berasaskan risiko dan tiap-tiap perakuan kelayakan berasaskan risiko berkenaan dengan skim pemeriksaan berasaskan risiko itu kepada Ketua Pemeriksa dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan atau penamatan itu.
(2)
Jika suatu perakuan kelayakan berasaskan risiko dibatalkan, disifatkan telah dibatalkan atau ditamatkan di bawah Bahagian ini, pengguna skim hendaklah menyerahkan balik perakuan kelayakan berasaskan risiko itu kepada Ketua Pemeriksa dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan atau penamatan itu.
P.U. (A) 96 26