Malaysia legislation

Section 36

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014

Seksyen 36

(1)

Ketua Pemeriksa boleh, melalui notis secara bertulis pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah peraturan 35 diterima, menghendaki pengguna skim memberikan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan kepada Ketua Pemeriksa dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pemeriksa.

(2)

Jika maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subperaturan (1) tidak diberikan oleh pengguna skim dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pemeriksa, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak lagi diteruskan, tetapi tanpa menyentuh hak pengguna skim untuk membuat permohonan yang baharu.

Audit berasaskan risiko bagi tempoh baharu

Section 36 — PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014