Malaysia legislation
Section 38
of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014
Seksyen 38
(1)
Jika Pemeriksa berpuas hati bahawa kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan 35(3) dan (4) dan Bahagian V telah dipenuhi, suatu pemeriksaan berasaskan risiko hendaklah dijalankan ke atas jentera bertekanan berasaskan risiko dan jentera bertekanan berasaskan masa mengikut Bahagian IV.
P.U. (A) 96 29
(2)
Bagi maksud kelulusan suatu tempoh baharu bagi skim pemeriksaan berasaskan risiko di bawah Bahagian ini, Bahagian IV hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pengguna skim tertakluk kepada ubah suaian yang berikut:
(a)
sebutan mengenai
“jentera bertekanan berasaskan masa”
hendaklah termasuk jentera bertekanan berasaskan risiko; dan
(b)
sebutan mengenai “pemohon” hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai pengguna skim.
(3)
Apabila pemeriksaan berasaskan risiko di bawah subperaturan (1)
disiapkan, Pemeriksa hendaklah—
(a)
melaporkan kepada
Ketua
Pemeriksa tentang dapatan pemeriksaan berasaskan risiko itu dan audit berasaskan risiko di bawah peraturan 37; dan
(b)
mengeluarkan suatu pemberitahuan kepada pengguna skim bagi pembayaran—
(i)
berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan risiko atau jentera bertekanan berasaskan masa yang telah menjalani pemeriksaan berasaskan risiko, fi pemeriksaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; atau
(ii)
berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan risiko atau jentera bertekanan berasaskan masa yang Pemeriksa telah enggan membuat atau menyiapkan pemeriksaan berasaskan risiko ke atasnya menurut peraturan 21, dua puluh lima peratus daripada fi pemeriksaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
P.U. (A) 96 30
(4)
Apabila pemberitahuan di bawah perenggan (3)(b) diterima, pengguna skim hendaklah membuat pembayaran fi pemeriksaan kepada Ketua Pemeriksa dalam masa empat belas hari.
Pemberian kelulusan tempoh baharu