Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016

Seksyen 10

(1)

Suruhanjaya hendaklah merekodkan tarikh penerimaan sesuatu permohonan sebagai tarikh permohonan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa permohonan itu mengandungi semua maklumat yang dikehendaki.

(2)

Jika Suruhanjaya mendapati bahawa pada masa penerimaan permohonan itu maklumat yang dikehendaki tidak lengkap Suruhanjaya boleh meminta pemohon untuk memberikan maklumat lanjut.

(3)

Apabila pemohon mematuhi permintaan yang disebut dalam subperaturan (2), Suruhanjaya hendaklah merekodkan tarikh penerimaan maklumat yang dikehendaki itu sebagai tarikh permohonan.

10

Permohonan bersaing

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016