Malaysia legislation

Section 17

of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016

Seksyen 17

(1)

Seseorang pemegang penguntukan boleh memohon untuk menyerahkan sesuatu penguntukan yang dikeluarkan kepadanya di bawah Peraturan-Peraturan ini sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya kepada Suruhanjaya pada bila-bila masa dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Jika seseorang pemegang penguntukan mengemukakan suatu permohonan untuk menyerahkan suatu penguntukan yang dikeluarkan di bawah

Peraturan-Peraturan ini, Suruhanjaya hendaklah, dalam masa tiga puluh hari bekerja dari tarikh permohonan itu dikemukakan, memaklumkan pemegang penguntukan mengenai keputusannya sama ada meluluskan atau menolak permohonan itu.

(3)

Keputusan Suruhanjaya untuk menolak sesuatu permohonan untuk menyerahkan suatu penguntukan di bawah subperaturan (1) hendaklah berkuat kuasa pada tarikh notis penolakan dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada pemegang penguntukan.

(4)

Jika Suruhanjaya tidak meluluskan atau tidak menolak permohonan untuk menyerahkan suatu penguntukan mengikut subperaturan (2), Suruhanjaya disifatkan, apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (2), meluluskan permohonan itu.

17

Hak keempunyaan penguntukan

Section 17 — PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016