Malaysia legislation

Section 24

of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016

Seksyen 24

(1)

Seseorang pengguna akhir boleh meminta seseorang pemegang penguntukan untuk memindahkan hakmilik apa-apa nombor yang dikeluarkan kepadanya oleh pemegang penguntukan itu kepada pengguna akhir yang lain yang melanggan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi yang sama daripada pemegang penguntukan itu.

(2)

Pemegang penguntukan boleh menolak untuk memindahkan hakmilik nombor yang diminta di bawah subperaturan (1) jika—

(a)

pemegang penguntukan semunasabahnya mempercayai bahawa pemindahan hakmilik itu merupakan sebahagian daripada perbuatan untuk mencagar, menjual, melelong atau memperdagangkan nombor yang dikeluarkan; atau

(b)

pemindahan hakmilik nombor itu tidak dapat dilaksanakan secara praktikal kerana halangan teknikal.

Section 24 — PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016