Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) (PINDAAN) 2022

Seksyen 9

Peraturan baharu 13A

peraturan yang berikut:

“Kuasa untuk mengubah penguntukan 13A.

(1)

Walau apa pun peraturan 13, Suruhanjaya boleh mengubah suatu penguntukan yang dikeluarkan di bawah peraturan 9.

(2)

Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis kepada pemegang penguntukan itu tentang niat untuk mengubah penguntukan itu.

(3)

Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang penguntukan untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang disebut dalam subperaturan (2).

P.U. (A) 141 5

(4)

Suruhanjaya hendaklah memutuskan sama ada untuk mengubah penguntukan itu atau selainnya—

(a)

selepas menimbangkan representasi bertulis yang dibuat oleh pemegang penguntukan di bawah subperaturan (3);

atau

(b)

selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu jika tiada representasi bertulis dibuat oleh pemegang penguntukan di bawah subperaturan (3).

(5)

Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemegang penguntukan itu keputusannya di bawah subperaturan (4).

(6)

Jika

Suruhanjaya membuat keputusan untuk mengubah penguntukan di bawah subperaturan (4), Suruhanjaya hendaklah—

(a)

memberikan suatu salinan penguntukan yang telah diubah itu kepada pemegang penguntukan; dan

(b)

menyemak semula fi yang dinyatakan masing-masing di bawah peraturan 16 atau peraturan 23, jika perlu.

(7)

Pengubahan kepada penguntukan itu hendaklah mula berkuat kuasa empat belas hari dari tarikh pemberitahuan di bawah subperaturan (5).

(8)

Dalam peraturan ini, apa-apa pengubahan kepada penguntukan hendaklah termasuk pemisahan atau perangkuman spektrum.”.

P.U. (A) 141 6

Pindaan peraturan 21

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) (PINDAAN) 2022