Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) (PINDAAN) 2022

Seksyen 5

Peraturan 16 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1)—

(i)

dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu;

(ii)

dalam perenggan (c), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(d) yang tidak mempunyai tanda atau label pemerakuan.”; dan

(b)

dalam subperaturan (3), dengan memasukkan selepas perkataan

“melakukan suatu kesalahan” perkataan “dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya”.

P.U. (A) 226 5

Pindaan peraturan 17

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) (PINDAAN) 2022