Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN KREDIT PENGGUNA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2026

Seksyen 5

Pembayaran kompaun

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu melalui—

(a)

cek juruwang atau draf bank yang dipalang dengan perkataan

“Akaun Penerima Sahaja” yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan dan hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar kepada mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh

Pihak

Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu ke alamat yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual Kedua; atau

(b)

kad kredit, kad debit, kad caj atau apa-apa bentuk pemindahan wang secara elektronik yang lain ke dalam akaun Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan.

(2)

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1)

kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat.

(3)

Suatu resit rasmi yang dikeluarkan di bawah subperaturan (2) hendaklah termasuk apa-apa resit elektronik jika pembayaran dibuat melalui pemindahan wang secara elektronik.

P.U. (A) 234 4

Pendakwaan boleh dimulakan jika tiada pembayaran dibuat

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN KREDIT PENGGUNA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2026