Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (INSTITUSI PENGURUSAN DANA) (PINDAAN) 2020

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Institusi Pengurusan

Dana) 2016 [P.U. (A) 381/2016] dipinda dengan menggantikan Jadual dengan jadual yang berikut:

“JADUAL

[Peraturan 4]

Fi 1.

Fi perkhidmatan

Institusi pengurusan dana hendaklah membayar fi perkhidmatan kepada Lembaga seperti yang berikut:

(a)

Berkenaan dengan ahli Kumpulan Wang yang belum mencapai umur lima puluh lima tahun dan membuat suatu transaksi sama ada secara manual atau elektronik—

(i)

0.0625 peratus setahun;

(ii)

Fi perkhidmatan dikira secara bulanan berdasarkan formula pengiraan seperti yang berikut:

iaitu—

NAB

= Nilai Aset Bersih harian dana ahli Kumpulan

Wang yang belum mencapai umur lima puluh lima tahun yang diuruskan oleh institusi pengurusan dana berkenaan bagi bulan berkenaan

T

= hari berniaga bagi bulan berkenaan n

= jumlah hari berniaga bagi bulan berkenaan i

=

, caj perkhidmatan bulanan.

(iii)

Fi perkhidmatan adalah tertakluk kepada amaun minimum sebanyak satu ratus ringgit sebulan.

=

NAB!

!

!!!

𝑛𝑛

×𝑖𝑖 0.0625% ×

!

!" ,

1665

(b)

Berkenaan dengan ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun dan membuat suatu transaksi secara elektronik—

(i)

0.125 peratus bagi setiap transaksi;

(ii)

Fi perkhidmatan dikira secara bulanan berdasarkan formula pengiraan seperti yang berikut:

= Jumlah pengeluaran×0.125%

iaitu—

Jumlah pengeluaran = Jumlah amaun pengeluaran oleh ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun bagi pelaburan dengan institusi pengurusan dana berkenaan bagi bulan berkenaan

(iii)

Fi perkhidmatan adalah tertakluk kepada amaun minimum sebanyak satu ratus ringgit sebulan.”.

Dibuat 24 April 2020

[MOF.SID(R) 700-1/2/30; PN(PU2)498/X]

Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Kewangan

EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991

Employees Provident Fund (Fund Management Institution)

(Amendment) Regulations 2020

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (INSTITUSI PENGURUSAN DANA) (PINDAAN) 2020