Malaysia legislation

Section 20

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN KENAF DAN KELUARAN KENAF) 2011

Seksyen 20

(1)

Seseorang pemegang lesen hendaklah menyimpan, menyenggara atau mengeluarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, rekod yang sewajarnya mengenai pengeluaran, penjualan, pembelian, penyimpanan, stok, pengimportan, pengeksportan, perkhidmatan yang diberikan, buku akaun dan dokumen lain yang berkaitan bagi kenaf atau keluaran kenaf sebagaimana yang dikehendaki dan dengan cara yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Seseorang pemegang lesen hendaklah menyerahkan atau mengemukakan dokumen di bawah subperaturan (1) bagi pemeriksaan atau penyalinan dokumen itu jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa.

(3)

Dokumen di bawah subperaturan (1) hendaklah dipegang oleh pemegang lesen tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh kemasukan terakhir dan hendaklah sama ada dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.

(4)

Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pemberitahuan perubahan maklumat yang diberikan

Section 20 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN KENAF DAN KELUARAN KENAF) 2011