Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN KENAF DAN KELUARAN KENAF) 2011
Seksyen 4
(1)
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan dalam borang yang ditetapkan, Lembaga boleh, jika Lembaga menghendaki butir-butir lanjut atau maklumat atau dokumen lain, untuk membolehkan Lembaga mempertimbangkan permohonan secara adil, menghendaki pemohon untuk—
(a)
membekalkan butir, maklumat atau dokumen; atau
(b)
mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditentukan oleh Lembaga.
(2)
Lembaga boleh enggan merekodkan, meneruskan dengan atau mendengar permohonan itu dan boleh menghendaki permohonan itu dipinda sewajarnya atau dilengkapkan dan dikemukakan semula atau suatu permohonan baru dikemukakan jika—
(a)
borang permohonan tidak dilengkapkan dengan sepatutnya oleh sebab apa-apa peninggalan atau salah perihalan;
(b)
borang permohonan mengandungi apa-apa kesilapan atau pengubahan; atau
(c)
permohonan tidak mematuhi mana-mana kehendak yang ditentukan oleh Lembaga.
7
(3)
Jika mana-mana maklumat atau dokumen yang dikehendaki di bawah subperaturan (1) tidak dibekalkan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan, permohonan itu adalah disifatkan sebagai ditarik balik tanpa prasangka untuk permohonan baru dibuat oleh pemohon.
Permohonan secara fraud dan maklumat salah