Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN KENAF DAN KELUARAN KENAF) 2011
Seksyen 7
(1)
Sekiranya permohonan dibuat melalui pos, tarikh pada cap pos di atas sampul surat hendaklah disifatkan sebagai tarikh yang baginya permohonan itu dibuat.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), sekiranya Ketua Pengarah tidak boleh menentukan tarikh pada cap pos, permohonan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat tiga hari sebelum tarikh yang baginya permohonan itu diterima oleh Lembaga.
(3)
Tertakluk kepada subperaturan (4), sekiranya suatu permohonan dibuat secara elektronik, tarikh pada cap masa yang ditera pada permohonan itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh yang baginya permohonan itu dibuat.
(4)
Jika tiada cap masa ditera pada permohonan itu atau Ketua Pengarah tidak dapat memastikan tarikh pada cap masa, permohonan itu hendaklah disifatkan telah dibuat pada tarikh yang baginya permohonan itu diterima oleh Lembaga.
(5)
Lembaga hanya boleh mempertimbangkan borang permohonan yang lengkap.
Pemberitahuan keputusan