Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN KENAF DAN KELUARAN KENAF) 2011

Seksyen 9

(1)

Lembaga hendaklah memberikan pemohon notis kelulusan bagi permohonan berserta suatu surat tawaran bagi pengeluaran lesen.

(2)

Pemohon hendaklah menghantar surat setuju terima berserta dengan fi yang ditetapkan kepada Lembaga.

(3)

Lembaga hendaklah mengeluarkan lesen dalam Borang 3 sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua selepas menerima surat setuju terima dan fi yang ditetapkan.

(4)

Dalam hal suatu perkongsian—

(a)

lesen dikeluarkan dengan nama semua pekongsi dinyatakan di dalam lesen; dan

(b)

setiap pekongsi hendaklah disifatkan sebagai bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi mana-mana tindakan atau tinggalan pekongsi lain.

(5)

Walau apa pun subperaturan (4), seorang pekongsi tidak bertanggungan jika pekongsi itu membuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa pekongsi

10

itu bertindak secara suci hati dan tidak menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada tindakan atau tinggalan itu.

Pematuhan kepada syarat, dsb. yang dikenakan ke atas lesen

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN KENAF DAN KELUARAN KENAF) 2011