Malaysia legislation

Section 21

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011

Seksyen 21

Penyerahan lesen

(1)

Seseorang pemegang lesen boleh menyerah lesennya dengan mengemukakannya kepada Lembaga berserta notis bertulis mengenai penyerahan itu.

(2)

Penyerahan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh Lembaga menerima lesen dan notis itu atau pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Seseorang pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menarik balik penyerahan lesen itu melainkan jika penyerahan itu dinyatakan untuk berkuat kuasa pada tarikh terkemudian dan sebelum tarikh itu Lembaga melalui notis membenarkan penyerahan itu ditarik balik.

P.U. (A) 199 15

Section 21 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011