Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(1)
Lembaga boleh menubuhkan suatu jawatankuasa untuk tujuan menyiasat aduan dan untuk menasihati Lembaga mengenai penentuan yang sewajarnya dibuat terhadap aduan itu.
(2)
Tiada anggota Lembaga pun boleh dilantik dalam jawatankuasa itu.
(3)
Anggota jawatankuasa itu boleh dibayar elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(4)
Lembaga tidak terikat untuk menerima nasihat jawatankuasa tetapi boleh setelah mempertimbangkan mana-mana rayuan dan nasihat jawatankuasa membuat penentuan terhadap rayuan itu sebagaimana Lembaga fikirkan adil dan sesuai.