Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011

Seksyen 3

(1)

Lembaga boleh mengeluarkan lesen kepada pemohon bagi aktiviti-aktiviti yang berikut:

(a)

mengawet tembakau;

(b)

membeli tembakau diawet;

(c)

mengilang tembakau atau keluaran tembakau;

(d)

mengadun tembakau; atau

(e)

mengedarkan tembakau atau keluaran tembakau.

(2)

Seseorang pengilang hendaklah menghantar senarai pengedar dan peruncit setiap tiga bulan kepada Lembaga.

(3)

Mana-mana pengilang yang melanggar subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pengecualian

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011