Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023

Seksyen 13

(1)

Jika Ketua Jabatan Sumber Manusia berpendapat bahawa seseorang pekerja adalah atau tampaknya—

(a)

menyenggara suatu taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendiriannya yang lain yang sah, jika ada; atau

(b)

mengawal atau memiliki sumber kewangan atau harta, sama ada harta alih atau harta tidak alih, yang nilainya tidak seimbang dengan, atau yang tidak boleh semunasabahnya dijangka telah diperoleh oleh pekerja itu dengan emolumennya dan apa-apa pendapatan persendirannya yang lain yang sah,

Ketua Jabatan Sumber Manusia hendaklah, melalui suatu notis bertulis, memanggil pekerja itu supaya memberikan penjelasan bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu tentang bagaimana dia dapat menyenggara taraf kehidupan sedemikian atau bagaimana dia telah mendapat sumber kewangannya atau harta itu.

(2)

Ketua Jabatan Sumber Manusia hendaklah, apabila menerima penjelasan di bawah subperaturan (1) atau, jika pekerja itu tidak memberikan apa-apa penjelasan dalam tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (1), apabila tempoh itu tamat, melaporkan hakikat ini kepada Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan berserta dengan penjelasan pekerja itu, jika ada.

P.U. (A) 247 18

(3)

Apabila laporan di bawah subperaturan

(2)

diterima,

Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengambil tindakan tatatertib atau mengambil apa-apa tindakan lain terhadap pekerja itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan itu.

Meminjam wang

Section 13 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023