Malaysia legislation
Section 33
of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023
Seksyen 33
(1)
Jika—
(a)
suatu perintah tahanan selain suatu perintah tahanan reman sementara menunggu perbicaraan atau bagi maksud penyiasatan;
(b)
suatu perintah pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi; atau
P.U. (A) 247 36
(c)
suatu perintah yang mengenakan apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan, sama ada dengan bon atau selainnya, telah dibuat terhadap seseorang pekerja di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen atau perlindungan wanita dan kanak-kanak, Ketua Jabatan Sumber Manusia hendaklah memohon untuk mendapatkan satu salinan perintah itu daripada pihak berkuasa yang berkenaan.
(2)
Apabila satu salinan perintah yang disebut dalam subperaturan (1)
diterima, Ketua Jabatan Sumber Manusia hendaklah mengemukakan salinan perintah itu kepada Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat bersama-sama dengan
Rekod Perkhidmatan pekerja itu dan syor Ketua Jabatan Sumber Manusia bahawa—
(a)
pekerja itu patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat;
(b)
pekerja itu patut dihukum dengan apa-apa hukuman selain buang kerja atau turun pangkat sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 42; atau
(c)
tiada hukuman patut dikenakan, bergantung kepada takat keburukan yang telah dibawa oleh pekerja itu kepada nama Lembaga.
(3)
Jika, setelah menimbangkan perintah, Rekod Perkhidmatan dan syor yang dikemukakan di bawah subperaturan (2), Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa—
(a)
pekerja itu patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat,
Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan hukuman
P.U. (A) 247 37
buang kerja atau turun pangkat, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Tatatertib itu;
(b)
alasan dalam perintah di bawah subperaturan (1) tidak mewajarkan hukuman buang kerja atau turun pangkat terhadap pekerja itu tetapi mewajarkan pengenaan suatu hukuman yang lebih ringan, Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas pekerja itu mana-mana hukuman selain buang kerja atau turun pangkat yang dinyatakan dalam peraturan 42 sebagaimana yang difikirkan sesuai dan patut oleh Jawatankuasa Tatatertib itu; atau
(c)
tiada hukuman patut dikenakan ke atas pekerja itu,
Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah membebaskannya.
(4)
Jika hukuman selain buang kerja telah dikenakan ke atas seseorang pekerja atau jika tiada hukuman telah dikenakan ke atasnya,
Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengarahkan pekerja itu supaya menjalankan semula tugasnya.