Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023

Seksyen 5

(1)

Seseorang pekerja hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, Kerajaan dan

Lembaga.

(2)

Seseorang pekerja tidak boleh—

(a)

membelakangkan kewajipannya kepada

Lembaga demi kepentingan peribadinya;

(b)

berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada Lembaga;

(c)

berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa—

(i)

dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada

Lembaga sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pekerja; atau

P.U. (A) 247 10

(ii)

dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pekerja Lembaga bagi faedahnya sendiri;

(d)

berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama Lembaga;

(e)

kurang cekap atau kurang berusaha;

(f)

tidak jujur atau tidak amanah;

(g)

tidak bertanggungjawab;

(h)

membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan yang berhubungan dengan atau terhadap Lembaga, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pekerja lain Lembaga;

(i)

ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; atau

(j)

cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Gangguan seksual

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023