Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023

Seksyen 7

(1)

Melainkan jika dan setakat yang dia dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian dalam penjalanan tugasnya sebagai seorang pekerja Lembaga, seseorang pekerja tidak boleh—

(a)

mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam pengurusan atau urusan apa-apa pengusahaan komersial, pertanian atau perindustrian;

(b)

mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja dengan mana-mana institusi, syarikat, firma atau individu persendirian;

atau

(c)

sebagai seorang pakar, memberikan apa-apa laporan atau memberikan apa-apa keterangan sama ada secara percuma atau dengan dibayar upah.

P.U. (A) 247 12

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), seseorang pekerja boleh, dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis

Ketua

Jabatan

Sumber

Manusia, menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan yang dinyatakan dalam subperaturan (1), sama ada bagi faedahnya atau bagi faedah saudara-maranya yang dekat atau mana-mana badan tidak mencari keuntungan yang baginya dia menjadi seorang pemegang jawatan.

(3)

Dalam menimbangkan sama ada atau tidak kebenaran patut diberikan kepada mana-mana pekerja di bawah subperaturan (2), Ketua Jabatan Sumber Manusia hendaklah memberikan perhatian kepada tatakelakuan sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 5 dan hendaklah memastikan bahawa aktiviti atau perkhidmatan itu—

(a)

tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pekerja itu dikehendaki melaksanakan tugas rasminya;

(b)

tidak akan dengan apa-apa cara cenderung menjejaskan kebergunaan pekerja itu sebagai seorang pekerja Lembaga; dan

(c)

tidak akan dengan apa-apa cara cenderung bercanggah dengan kepentingan Lembaga, atau menjadi tidak selaras dengan kedudukan pekerja itu sebagai seorang pekerja Lembaga.

(4)

Kecuali sebagaimana yang ditentukan selainnya oleh

Lembaga, segala jumlah wang yang diterima oleh seseorang pekerja sebagai saraan kerana menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah didepositkan dengan Lembaga sementara menunggu keputusan Lembaga tentang amaun, jika ada, yang boleh disimpan oleh pekerja itu sendiri dan oleh pekerja lain yang membantu pekerja itu dalam menjalankan aktiviti atau melaksanakan perkhidmatan itu.

P.U. (A) 247 13

Etiket pakaian