Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (PEMERBADANAN (PENDAFTARAN) 2023
Seksyen 2
(1)
Tertakluk pada syarat di bawah peraturan 3, 4, 5, 6, 7 dan 8, apa-apa permohonan bagi pendaftaran untuk menjalankan aktiviti sebagai pengeksport, pengimport, pengendali, pembekal, pemeringkat, pemproses, pedagang atau pengendali jeti di bawah seksyen 14 Akta hendaklah dibuat kepada Lembaga secara bertulis atau dalam talian dalam borang yang ditentukan oleh Lembaga dan hendaklah disertai dengan fi permohonan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.
(2)
Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Lembaga, permohonan pendaftaran bagi setiap aktiviti yang disebut di dalam subperaturan (1) hendaklah dibuat secara berasingan.
(3)
Lembaga boleh menghendaki pemohon itu untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan bagi maksud mempertimbangkan permohonan itu.
(4)
Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subperaturan (3) tidak diberikan oleh pemohon itu dalam masa yang dinyatakan oleh Lembaga, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon itu.
P.U. (A) 297 3
(5)
Lembaga boleh meluluskan atau menolak permohonan itu selepas menimbangkan permohonan bagi pendaftaran di bawah subperaturan
(1)
dan berpuas hati bahawa pemohon itu telah mematuhi semua syarat di bawah peraturan 3, 4, 5, 6, 7 dan 8, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6)
Lembaga hendaklah memaklumkan secara bertulis tentang keputusannya untuk meluluskan atau menolak permohonan itu kepada pemohon itu dalam masa tujuh hari dari tarikh keputusan itu dibuat.
(7)
Permohonan di bawah subperaturan (1) boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum pengeluaran perakuan pendaftaran, yang jika itu berlaku fi permohonan yang kena dibayar di bawah subperaturan (1) tidak akan dikembalikan.
Syarat permohonan bagi pendaftaran sebagai pengeksport