Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (TINDAKAN DAN AKTIVITI YANG DILARANG DALAM KAWASAN KESELAMATAN) 2016

Seksyen 3

Tindakan dan aktiviti yang dilarang dalam kawasan keselamatan

Seseorang tidak boleh—

(a)

menuntut, memungut atau menerima, atau cuba untuk menuntut, memungut atau menerima apa-apa bekalan daripada mana-mana orang lain dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa dia bercadang untuk, atau hampir, bertindak, atau telah bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau pengekalan ketenteraman awam, atau bahawa bekalan yang dituntut, dipungut atau diterima sedemikian dicadangkan bagi kegunaan mana-mana orang yang bercadang untuk, atau hampir, bertindak sedemikian, atau telah bertindak sedemikian, dengan cara

P.U. (A) 212 3

yang memudaratkan keselamatan awam atau pengekalan ketenteraman awam dalam kawasan keselamatan;

(b)

memiliki apa-apa bekalan yang dia tidak boleh menjelaskan dengan memuaskan dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa bekalan itu dicadangkan bagi kegunaan mana-mana orang yang bercadang untuk, atau hampir, bertindak, atau telah bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau pengekalan ketenteraman awam;

(c)

memperuntukkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa bekalan kepada mana-mana orang lain dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa orang lain itu bercadang untuk, atau hampir, bertindak, atau telah bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau pengekalan ketenteraman awam, atau bahawa bekalan yang diperuntukkan sedemikian dicadangkan bagi kegunaan mana-mana orang yang bercadang untuk, atau hampir, bertindak sedemikian, atau telah bertindak sedemikian, dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau pengekalan ketenteraman awam dalam kawasan keselamatan; atau

(d)

menyembunyikan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan keselamatan awam atau pengekalan ketenteraman awam apabila diminta oleh mana-mana anggota pasukan keselamatan.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

P.U. (A) 212 4

Dibuat 26 Julai 2016

[MKN.(S)8.600-6/5; PN(PU2)737]

DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

Perdana Menteri

P.U. (A) 212 5

NATIONAL SECURITY COUNCIL ACT 2016

NATIONAL SECURITY COUNCIL (PROHIBITED ACTIONS AND ACTIVITIES WITHIN

SECURITY AREA) REGULATIONS 2016