Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (ANTIBIOTIK, HORMON DAN BAHAN KIMIA LAIN TERLARANG) 2012
Seksyen 3
Antibiotik, hormon dan bahan kimia lain terlarang
(1)
Penggunaan antibiotik, hormon dan bahan kimia lain dalam makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan bagi kategori haiwan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual, adalah dilarang.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
P.U. (A) 272 3