Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Bagi maksud analisis, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mengambil sampel apa-apa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan mengikut seksyen 32 Akta dan hendaklah menyerahkan sampel tersebut ke makmal yang ditetapkan dalam keadaan seperti berikut:
(a)
menggunakan borang penyerahan sampel dalam Borang 1;
(b)
menandakan sampel dengan butir-butir seperti yang berikut:
(i)
nombor pengenalan sampel;
(ii)
saiz sampel, seperti yang ditetapkan dalam seksyen 36 Akta;
(iii)
tarikh dan masa sampel diambil; dan
(iv)
nama dan tandatangan pegawai diberi kuasa;
(c)
mengelak sampel dengan betul; dan
(d)
menghantar sampel secara sendiri atau melalui pegawai diberi kuasa yang lain.
Uji semula sampel untuk pengesahan