Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Permohonan untuk pendaftaran
(1)
Tiada seorang pun boleh membuat atau menjual makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan kecuali telah berdaftar dengan Lembaga.
(2)
Suatu permohonan bagi pendaftaran pembuat atau penjual makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam Borang 1 atau Borang 2, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Suatu permohonan yang berasingan hendaklah dibuat bagi setiap premis tanpa mengira sama ada premis tersebut mempunyai hubungan secara pentadbiran atau pengurusan dengan premis yang lain, kecuali diarahkan sebaliknya oleh Lembaga.
3
(4)
Jika Lembaga meluluskan permohonan untuk pendaftaran di bawah subperaturan (2), fi yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah kena dibayar.
Butir lanjut, dsb.