Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“adjudikator PCA” ertinya mana-mana penimbang tara, pengantara, pendamai atau ahli kepada suruhanjaya siasatan yang mengambil bahagian dalam perbicaraan, mesyuarat atau aktiviti lain yang berhubung dengan prosiding PCA;
“Biro Antarabangsa” ertinya Biro Antarabangsa untuk Permanent Court of
Arbitration;
"Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia;
“pegawai-pegawai PCA” ertinya Setiausaha Agung PCA dan semua anggota kakitangan Biro Antarabangsa;
“pegawai tinggi” ertinya Setiausaha Agung PCA atau mana-mana pegawai yang dilantik sebagai pegawai tinggi oleh Setiausaha Agung PCA;
P.U. (A) 307 3
“Permanent Court of Arbitration” atau “PCA” ertinya Permanent Court of
Arbitration, yang berpangkalan di The Hague;
“peserta prosiding PCA” ertinya mana-mana peguam, pihak, agen atau wakil pihak, saksi, pakar, serta jurubahasa, penterjemah atau wartawan mahkamah yang mengambil bahagian di dalam perbicaraan, mesyuarat atau aktiviti lain yang berkaitan dengan prosiding PCA;
“prosiding PCA” ertinya sebarang prosiding penyelesaian pertikaian ditadbir oleh atau di bawah naungan PCA, sama ada menurut konvensyen 1899 atau 1907 atau mana-mana kaedah prosedur pilihan PCA;
“Setiausaha Agung” ertinya ketua kepada Biro Antarabangsa.