Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“Pegawai” ertinya pegawai Pertubuhan Gerakan Pengakap Sedunia yang dinyatakan dalam Jadual;
“Setiausaha Agung” ertinya orang yang dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Pengakap
Sedunia dan merupakan ketua pegawai tadbir Pertubuhan Gerakan Pengakap Sedunia; dan
“WOSM” ertinya “Pertubuhan Gerakan Pengakap Sedunia” yang ditadbir oleh perlembagaannya dan wakil-wakil yang diiktiraf oleh Anggota Pertubuhan yang telah mengamalkan dan mempraktikkan Pergerakan Pengakap yang diasaskan pada 1907, yang telah berhimpun di Paris, Perancis, pada Julai 1992 dan telah menubuhkan
Persidangan Pengakap Antarabangsa bagi menyelaraskan Pergerakan Pengakap di seluruh dunia bersama-sama dengan Jawatankuasa Eksekutif dan Sekretariat.
P.U. (A) 72 3