Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Seorang pemegang
Lesen
Perkhidmatan
Pasaran
Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif terselaras hendaklah, tidak lewat daripada berakhirnya hari pasaran berikutnya selepas transaksi yang berhubungan dengan urusan berniaga dalam derivatif terselaras itu dibuat, memberikan suatu nota kontrak yang mematuhi peraturan ini kepada kliennya berkenaan dengan transaksi itu.
(2)
Bagi maksud mematuhi peraturan ini, nota kontrak berkenaan dengan sesuatu transaksi yang berhubungan dengan derivatif terselaras hendaklah termasuk maklumat yang berikut:
(a)
nama dan alamat tempat urusan utama pemegang lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal itu;
(b)
nama dan alamat klien itu;
P.U. (A) 474 4
(c)
suatu perihalan mengenai derivatif terselaras itu yang mencukupi untuk mengenal pasti sifat transaksi itu, termasuk
(i)
suatu perihalan mengenai instrumen dasar;
(ii)
suatu perihalan keadaan yang menjadi subjek derivatif terselaras itu;
(iii)
dalam hal suatu kontrak hadapan atau kontrak niaga hadapan, bulan dan tahun pelaksanaan atau penyelesaian kontrak hadapan atau kontrak niaga hadapan itu; dan
(iv)
dalam hal suatu opsyen,
(A)
harga atau nilai instrumen dasar atau tahap berangka keadaan yang menjadi subjek opsyen itu yang padanya pembeli opsyen itu boleh menjalankan opsyen itu; dan
(B)
sama ada opsyen itu ialah opsyen panggilan atau opsyen jual;
(d)
nama bursa derivatif yang pemegang lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal itu ialah suatu gabungan;
(e)
deposit yang telah dibayar atau kena dibayar berkenaan dengan transaksi itu;
(f)
harga yang transaksi itu dibuat oleh pemegang lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal itu;
(g)
tarikh transaksi itu;
P.U. (A) 474 5
(h)
dalam hal suatu opsyen, tarikh sebelum atau tarikh yang pembeli opsyen itu, bagi menjalankan opsyen itu, hendaklah mengisytiharkan niat untuk menjalankan opsyen itu;
(i)
sama ada transaksi itu—
(i)
adalah untuk membeli derivatif terselaras;
(ii)
adalah untuk menjual derivatif terselaras;
(iii)
dalam hal suatu opsyen, adalah untuk menjalankan opsyen itu; atau
(iv)
terdiri daripada gabungan perbuatan yang disebut dalam subperenggan (i),(ii) atau (iii);
(j)
kuantiti atau bilangan derivatif terselaras itu;
(k)
sama ada atau tidak transaksi adalah dagangan penyelesaian;
(l)
nama, atau apa-apa jenis pengenalpastian identiti lain bagi wakil pemegang lesen itu yang mengendalikan akaun klien itu;
(m)
nombor akaun klien itu;
(n)
penyataan yang menyatakan bahawa transaksi dalam nota kontrak yang telah dikeluarkan itu hendaklah tertakluk kepada kaedah-kaedah bursa derivatif yang berkaitan;
(o)
nombor rujukan nota kontrak itu; dan
(p)
kadar dan amaun komisen, levi, duti, dan fi dan cukai lain yang kena dibayar berkenaan dengan transaksi itu.
P.U. (A) 474 6
(3)
Suatu nota kontrak boleh mengandungi butiran lebih daripada satu transaksi yang telah diurusniagakan dalam satu hari pasaran berhubungan dengan seseorang klien.
(4)
Seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif terselaras, tidak boleh memasukkan dalam suatu nota kontrak yang telah dikeluarkan di bawah peraturan ini, suatu nama yang dia ketahui atau semunasabahnya dijangkakan untuk dia untuk mengetahui adalah bukan nama yang klien itu kebiasaannya dikenali.
Nota kontrak yang dikeluarkan oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti