Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012

Seksyen 13

Pemegang amanah skim hendaklah dengan serta-merta memberitahu

Suruhanjaya pada masa berlakunya hal keadaan yang berikut:

(a)

jika penyedia skim persaraan swasta itu sedang digulung atau selainnya dibubarkan;

P.U. (A) 77 17

(b)

jika seseorang penerima, penerima dan pengurus atau orang yang setaraf dengannya telah dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset atau pengusahaan penyedia skim persaraan swasta itu;

(c)

jika penyedia skim persaraan swasta itu telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia membuat suatu kompromi atau skim perkiraan dengan pemiutangnya, yang merupakan suatu kompromi atau skim perkiraan yang masih berkuat kuasa;

(d)

jika penyedia skim persaraan swasta itu telah gagal atau enggan untuk bertindak sebagai penyedia skim persaraan swasta mengikut peruntukan atau waad surat ikatan, peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;

(e)

jika terdapat apa-apa ketidakteraturan, apa-apa kemungkiran terhadap peruntukan atau waad surat ikatan itu atau apa-apa pelanggaran terhadap peruntukan dalam Akta, Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya; atau

(f)

jika terdapat apa-apa yang tidak selaras antara peruntukan dokumen penzahiran dengan peruntukan atau waad surat ikatan.

Pengecualian bagi pemegang amanah skim daripada tanggungan dan menanggung rugi tanggungan

Section 13 — PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012