Malaysia legislation
Section 21
of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012
Seksyen 21
(1)
Jika penyedia skim persaraan swasta gagal meremedi apa-apa kemungkiran terhadap peruntukan atau waad surat ikatan atau apa-apa pelanggaran terhadap peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya apabila diminta oleh pemegang amanah skim, pemegang amanah skim itu boleh—
(a)
memanggil suatu mesyuarat anggota skim persaraan swasta atau kumpulan wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(b)
memberitahu anggota mengenai kegagalan penyedia skim persaraan swasta dalam mesyuarat itu;
(c)
mengemukakan cadangan bagi melindungi kepentingan anggota;
dan
(d)
meminta arahan daripada anggota berhubung dengan perkara itu.
(2)
Seseorang pemegang amanah skim boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan mesyuarat anggota yang dipanggil di bawah subperaturan (1) dan jika pemegang amanah skim itu tidak menjalankan kuasa ini, anggota yang hadir pada mesyuarat itu boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
P.U. (A) 77 24
Mahkamah boleh memerintahkan suatu mesyuarat anggota