Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012
Seksyen 7
(1)
Seseorang tidak boleh mengeluarkan, mengedarkan atau mengagihkan apa-apa bentuk permohonan untuk caruman kepada suatu skim persaraan swasta melainkan jika bentuk permohonan itu disertai dengan satu salinan dokumen penzahiran yang telah didaftarkan dan diserah simpan dengan Suruhanjaya.
(2)
Dokumen penzahiran itu hendaklah memenuhi kehendak yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
(3)
Suruhanjaya boleh, setelah pengemukaan dokumen penzahiran itu untuk pendaftaran, mendaftar dokumen penzahiran itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang Suruhanjaya fikirkan patut atau enggan untuk mendaftarkan dokumen penzahiran itu.
Dokumen penzahiran tambahan atau gantian