Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) (FI) 2012

Seksyen 4

Fi bagi tindakan Suruhanjaya

(1)

Fi yang kena dibayar kepada Suruhanjaya di bawah Peraturan-Peraturan ini berkenaan dengan pendaftaran suatu dokumen oleh, atau penyerahsimpanan suatu dokumen dengan Suruhanjaya atau berkenaan dengan apa-apa permohonan hendaklah dibayar pada masa dokumen itu dihantar serah kepada Suruhanjaya bagi pendaftaran atau penyerahsimpanan atau pada masa permohonan itu dikemukakan kepada

Suruhanjaya.

(2)

Jika suatu fi yang kena dibayar di bawah Peraturan-Peraturan ini bagi atau berkenaan dengan pendaftaran suatu dokumen oleh, atau penyerahsimpanan suatu dokumen dengan Suruhanjaya atau berkenaan dengan apa-apa permohonan dan dokumen yang dikemukakan bagi pendaftaran atau penyerahsimpanan atau permohonan dikemukakan tanpa pembayaran fi itu, dokumen itu hendaklah disifatkan tidak dikemukakan bagi pendaftaran atau diserah simpan atau permohonan itu hendaklah disifatkan tidak dikemukakan sehingga fi itu dibayar.

Penarikan balik, penolakan dan kajian semula keputusan Suruhanjaya

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) (FI) 2012