Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PENYELESAIAN PERTIKAIAN) (PINDAAN) 2024
Seksyen 6
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 6 dengan peraturan yang berikut:
P.U. (A) 476 6
“Kaedah-kaedah pertubuhan perbadanan diluluskan 6.
(1)
Pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah menyiarkan kaedah-kaedahnya dan apa-apa pindaan yang dibuat kepada kaedah-kaedah itu di laman sesawang pertubuhan perbadanan diluluskan itu.
(2)
Kaedah-kaedah yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah termasuk perkara yang berikut:
(a)
ruang lingkup dan kategori klien yang layak untuk merujuk suatu pertikaian atau tuntutan kepada pertubuhan perbadanan diluluskan;
(b)
tatacara keanggotaan dan hal keadaan apabila seseorang anggota boleh dipecat atau digantung;
(c)
jenis pertikaian atau tuntutan yang layak untuk dirujuk kepada pertubuhan perbadanan diluluskan;
(d)
tatacara, bentuk dan cara, dan tempoh masa yang dalamnya sesuatu pertikaian atau tuntutan itu boleh dirujuk kepada pertubuhan perbadanan diluluskan;
(e)
fi langganan, levi dan fi atau bayaran lain yang kena dibayar oleh anggotanya, atau oleh mana-mana kelas anggotanya atau oleh mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan 8(3) dan levi yang berlainan boleh terpakai bagi anggota yang berlainan kelas atau orang yang disebut dalam subperaturan 8(3) yang berlainan kelas;
(f)
fi yang kena dibayar oleh klien kepada pertubuhan perbadanan diluluskan;
P.U. (A) 476 7
(g)
hal keadaan yang sesuatu pertikaian atau tuntutan boleh enggan diterima atau ditolak oleh pertubuhan perbadanan diluluskan tanpa merujuk pertikaian atau tuntutan itu bagi pengantaraan atau penghukuman;
(h)
hal keadaan yang sesuatu pertikaian atau tuntutan akan dibuat pengantaraan atau penghukuman;
(i)
jenis award yang boleh dibuat berkenaan dengan suatu pertikaian atau tuntutan;
(j)
cara keputusan penghukuman suatu pertikaian atau tuntutan boleh diberitahu kepada klien, anggota yang relevan dan orang yang disebut dalam subperaturan 8(3);
dan
(k)
tatacara bagi memastikan klien yang layak dan anggota mematuhi pada setiap masa kewajipan kerahsiaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15.”.
Pindaan peraturan 7