Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Pembayaran kompaun
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu melalui—
(a)
wang tunai atau melalui kiriman wang, kiriman wang pos atau draf bank yang dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”
yang kena dibayar kepada pegawai berkuasa; atau
(b)
kad kredit, kad debit, kad caj, kad prabayar atau apa-apa bentuk pemindahan wang secara elektronik yang lain.
(2)
Pembayaran yang dibuat di bawah perenggan (1)(a) hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar di alamat yang dinyatakan dalam
Borang 2 Jadual Kedua.
(3)
Pegawai berkuasa hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat.
(4)
Suatu resit rasmi yang dikeluarkan di bawah perenggan (3) hendaklah termasuk apa-apa resit elektronik jika pembayaran dibuat melalui pemindahan wang secara elektronik.
Pendakwaan boleh dimulakan jika tiada pembayaran dibuat