Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PIHAK BERKUASA DEPOSITARI KEBANGSAAN) 2022
Seksyen 9
(1)
Jika mana-mana orang tidak berpuas hati dengan Pihak Berkuasa
Depositari Kebangsaan, orang itu boleh membuat aduan terhadap Pihak Berkuasa
Depositari Kebangsaan itu kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(2)
Apabila aduan yang disebut dalam subperaturan (1) diterima, Pendaftar hendaklah memberitahu Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan berkenaan dengan aduan itu.
(3)
Apabila pemberitahuan di bawah subperaturan
(2)
diterima,
Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pemberitahuan itu—
(a)
memfailkan suatu respons kepada aduan itu dengan Pendaftar; dan
(b)
mengeluarkan respons yang disebut dalam perenggan (3)(a)
kepada orang itu.
(4)
Sebagai tambahan kepada subperaturan (3), Pihak Berkuasa Depositari
Kebangsaan itu hendaklah mengemukakan bukti kepada Pendaftar berkenaan dengan pengeluaran respons yang disebut dalam perenggan (3)(b) itu.
(5)
Apabila respons yang disebut dalam perenggan (3)(b) diterima, orang itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan itu—
(a)
memfailkan jawapan kepada respons yang disebut dalam perenggan (3)(b) dengan Pendaftar; dan
P.U. (A) 221 8
(b)
mengeluarkan jawapan kepada respons yang disebut dalam perenggan (3)(b) kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan.
(6)
Sebagai tambahan kepada subperaturan (5), orang itu hendaklah mengemukakan bukti kepada Pendaftar berkenaan dengan pengeluaran jawapan kepada respons yang disebut dalam perenggan (5)(b) itu.
(7)
Selepas jawapan kepada respons di bawah subperaturan (5) telah difailkan dengan Pendaftar dan dikeluarkan kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan,
Pendaftar hendaklah—
(a)
mengekalkan status Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan itu;
(b)
mengekalkan status Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan itu dan mengenakan apa-apa syarat yang Pendaftar fikirkan patut terhadap
Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan itu; atau
(c)
menamatkan status Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan itu.
(8)
Pendaftar boleh menamatkan status Pihak Berkuasa Depositari
Kebangsaan jika mana-mana syarat yang dikenakan di bawah perenggan 7(b) tidak dipatuhi oleh Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan itu.
(9)
Jika
Pendaftar membuat keputusan untuk menamatkan status
Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan di bawah perenggan 7(c) atau subperaturan (8), mengikut mana-mana yang berkenaan, penamatan itu hendaklah disiarkan dalam
Jurnal Rasmi dan hendaklah berkuat kuasa pada tarikh penyiaran itu.
Kesan pembatalan atau penamatan