Malaysia legislation
Section 12C
Seksyen 12C
(2)
Suatu permohonan bagi perakuan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan—
(a)
selepas penyiaran suatu permohonan paten di bawah seksyen 33D Akta;
atau
(b)
selepas penyiaran antarabangsa permohonan antarabangsa itu oleh
Biro Antarabangsa, jika permohonan bagi perakuan itu melibatkan suatu permohonan antarabangsa.
(3)
Tiada perakuan boleh dikeluarkan oleh
Pendaftar jika mikroorganisma yang didepositkan itu terlibat dalam suatu permohonan paten—
P.U. (A) 222 6
(a)
yang telah ditinggalkan, ditarik balik, disifatkan telah ditarik balik atau ditolak;
(b)
yang mengandungi apa-apa maklumat yang melanggar ketenteraman awam atau kemoralan;
atau
(c)
yang ternyata kepada
Pendaftar bertentangan dengan kepentingan negara atau keselamatan negara.
(4)
Jika suatu permintaan bagi suatu sampel mikroorganisma yang didepositkan dibuat sebelum penyiaran permohonan paten di bawah seksyen 33D
Akta atau permohonan antarabangsa, orang yang membuat permintaan itu hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pemohon—
(a)
dalam hal mikroorganisma yang didepositkan dengan suatu Pihak
Berkuasa Depositari Antarabangsa, mengikut Triti Budapest; atau
(b)
dalam hal mikroorganisma yang didepositkan dengan suatu
Pihak
Berkuasa
Depositari
Kebangsaan, mengikut Peraturan-Peraturan Paten (Pihak Berkuasa
Depositari
Kebangsaan)
2022
[P.U. (A) 221/2022].
P.U. (A) 222 7
Pendepositan baharu mikroorganisma.