Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Peraturan 45FD Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:
“(3A) Walau apapun subperaturan (3), jika orang itu ialah pemastautin, dia boleh, sebagai tambahan kepada subperaturan (1), meneruskan tanpa ejen paten dengan memberi suatu pemberitahuan kepada Pendaftar mengenai hasratnya untuk meneruskan tanpa ejen paten dan memberi Pendaftar alamat penyampaiannya mengikut peraturan 51—
(a)
pada masa yang sama pemberitahuan di bawah subperaturan (1) difailkan; atau
(b)
dalam masa tiga bulan dari tarikh pemberitahuan kematian ejen paten jika pemberitahuan kematian ejen paten itu difailkan oleh wakil sah ejen paten yang telah mati itu di bawah subperaturan (2).”.
Pindaan peraturan 45G