Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 11
Kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulu
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2), seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan di skim perkhidmatan terdahulunya sebelum dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain, boleh dibenarkan oleh Suruhanjaya untuk kembali ke dalam skim perkhidmatan dan gred terdahulunya jika
(a)
pegawai itu gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan di skim perkhidmatan yang lain itu, dengan syarat kegagalannya
P.U. (A) 1 14
bukanlah atas sebab kelakuannya yang tidak memuaskan; atau
(b)
pegawai itu memohon untuk kembali ke skim perkhidmatan terdahulunya, dengan syarat dia telah melalui tempoh percubaan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang lain itu.
(2)
Suruhanjaya boleh membenarkan pegawai itu kembali ke dalam skim perkhidmatan dan gred terdahulunya sebelum disahkan dalam perkhidmatan di skim perkhidmatan yang lain itu jika—
(a)
ada kekosongan jawatan dalam skim perkhidmatan terdahulunya;
(b)
kelulusan Ketua Perkhidmatan yang berkenaan diperoleh; dan
(c)
jawatan dalam skim perkhidmatan terdahulu adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa melantik yang sama.
(3)
Bagi maksud subperaturan (1), pegawai itu hendaklah, pada tarikh dia kembali ke skim perkhidmatan terdahulunya, diberikan mata gaji atau amaun gaji yang pegawai itu patut terima sekiranya dia tidak dilantik ke jawatan sekarang, tertakluk kepada tangga gaji maksimum dalam jawatan terdahulunya.
Tarikh pergerakan gaji tahunan pegawai itu adalah berdasarkan tarikh pergerakan gaji tahunan skim perkhidmatan terdahulu.
Peminjaman pegawai