Malaysia legislation
Section 25
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 25
Penentuan gaji permulaan
(1)
Suruhanjaya hendaklah menentukan gaji permulaan seseorang pegawai sebagaimana yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.
(2)
Jika seseorang pegawai yang akan dilantik untuk kali pertama memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang akan disandangnya, dia boleh diberikan gaji permulaan yang lebih tinggi.
(3)
Jika Suruhanjaya mempertimbangkan gaji permulaan yang lebih tinggi di bawah subperaturan (2), penentuan gaji yang lebih tinggi itu hendaklah berdasarkan satu pergerakan gaji biasa bagi tiap-tiap genap satu tahun pengalaman kerja yang berkaitan itu, terhad kepada gaji maksimum di gred jawatan tersebut.
(4)
Walau apa pun subperaturan (3), Suruhanjaya mempunyai budi bicara untuk menentukan sebahagian atau sepenuhnya bilangan tahun pengalaman kerja yang berkaitan untuk diambil kira bagi menentukan gaji permulaan yang lebih tinggi.
(5)
Pengalaman kerja yang dianggap berkaitan bagi seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional ialah pengalaman kerja yang diperoleh selepas pegawai itu mendapat kelayakan profesional atau akademik sebagaimana yang ditentukan dalam skim perkhidmatan yang berkenaan.
P.U. (A) 1 22
(6)
Subperaturan (2), (3) dan (4) hendaklah juga terpakai—
(a)
bagi menentukan gaji permulaan seseorang pegawai yang belum disahkan yang kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain; dan
(b)
bagi menentukan gaji permulaan seseorang pegawai yang dilantik semula mengikut peraturan 7, 8 dan 9.
(7)
Jika seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu adalah pada mata gaji yang lebih tinggi dan paling hampir yang perbezaannya tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa atau amaun yang bersamaan dengan pergerakan gaji biasa dalam gred atau jawatan terdahulu, terhad kepada mata gaji maksimum jawatan baru.
(8)
Jika seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dilantik ke jawatan lain pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu, terhad kepada amaun gaji maksimum di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan pelantikan itu.
(9)
Gaji permulaan pegawai yang dilantik untuk kali pertama secara lantikan terus adalah berdasarkan mata gaji minimum jawatan itu.
(10)
Gaji permulaan pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan yang dilantik secara lantikan terus adalah sebagaimana dalam subperaturan (9).
(11)
Gaji permulaan pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan kemudiannya dilantik secara lantikan terus adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (7).
P.U. (A) 1 23
Gaji permulaan bagi kes khas