Malaysia legislation
Section 27
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 27
(1)
Tarikh pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai lantikan tetap dan sementara hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh, dalam keadaan tertentu, menentukan tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai pada tarikh yang difikirkannya sesuai.
(3)
Tarikh pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai yang dalam tempoh peminjaman atau pertukaran sementara hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(4)
Pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai hendaklah berasaskan pencapaian kerja tahunan pegawai itu atau apa-apa syarat lain yang ditentukan oleh
Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa.
P.U. (A) 1 24