Malaysia legislation

Section 39

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012

Seksyen 39

(1)

Kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit.

(2)

Dalam mempertimbangkan merit seseorang pegawai bagi kenaikan pangkat, Lembaga Kenaikan Pangkat hendaklah mengambil kira

(a)

kecekapan dan prestasi kerja pegawai itu;

(b)

kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai itu;

(c)

sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai itu; dan

(d)

kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan masyarakat.

(3)

Sebagai tambahan kepada perkara yang dinyatakan dalam subperaturan (2), Lembaga Kenaikan Pangkat boleh mempertimbangkan apa-apa aspek lain yang difikirkannya berkaitan.

P.U. (A) 1 31

(4)

Walau apa pun subperaturan (1), jika dua atau lebih pegawai diputuskan sama dari segi merit, kelayakan akademik atau pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan kenaikan pangkat, di samping kekananan pegawai itu, hendaklah juga dijadikan asas bagi pemilihan dan pertimbangan.

Syarat kenaikan pangkat

Section 39 — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012