Malaysia legislation
Section 44
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 44
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (3), gaji yang diterima oleh seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1)
(a)
jika gaji akhir dalam gred terdahulu adalah kurang daripada gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat, dan perbezaan itu adalah sama dengan atau lebih daripada satu pergerakan gaji biasa atau amaun yang bersamaan dengan pergerakan gaji biasa dalam gred atau jawatan terdahulu, pegawai itu hendaklah dibayar gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat itu;
(b)
jika gaji akhir dalam gred terdahulu kurang daripada gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat tetapi perbezaannya adalah kurang daripada satu pergerakan gaji biasa atau amaun yang bersamaan dengan pergerakan gaji biasa dalam gred atau jawatan terdahulu, gaji permulaan hendaklah ditentukan pada mata gaji atau amaun gaji di gred kenaikan pangkat selepas mata gaji minimum supaya perbezaan antara gaji akhir dalam gred terdahulu dan gaji barunya dalam gred kenaikan pangkat adalah sama atau lebih daripada satu pergerakan gaji biasa atau amaun yang bersamaan dengan pergerakan gaji biasa dalam gred terdahulunya; dan
P.U. (A) 1 34
(c)
jika gaji akhir dalam gred terdahulu sama atau lebih tinggi daripada gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat, pegawai itu hendaklah dibayar gaji pada satu mata gaji yang lebih tinggi berhampiran dengan gaji akhir yang diterimanya dalam gred terdahulu dan perbezaan gaji antara gaji kenaikan pangkat dan gaji dalam gred terdahulu hendaklah tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa atau amaun yang bersamaan dengan pergerakan gaji biasa dalam gred atau jawatan terdahulu.
(3)
Jika seseorang pegawai dinaikkan pangkat sebelum atau sama dengan tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu sebelum menentukan gaji permulaan dalam jawatan kenaikan pangkat.
Tarikh pergerakan gaji jawatan kenaikan pangkat